Wednesday, November 5, 2008

an-najah (kejayaan)

Apakah takrif kejayaan? Setiap manusia menilai dan mendifinasikan kejayaan dalam bentuk dan pandangan yang berbeza-beza. Bagi seorang pemain bola sepak seperti Christiano Ronaldo akan menganggap kejayannya apabila dia berjaya menjarigkan gol dan memenangi trofi english premier leugue, UEFA, FIFA, dan sebagainya. Manakala, seorang doktor pula mungkin berpendapat bahawa kejayaannya dalam menyelamatkan nyawa pesakit-pesakitnya. Seorang pelajar pula biasanya akan meletakkan kejayaannya didalam pelajarannya.



gambar hiasan



Malahan, untuk mencapai kejayaan yang kita inginkan, setiap dari kita akan berusaha dan sanggup berbuat apa sahaj demi mencapai matlamat tersebut. Seorang pelajar sanggup menghabiskan masa, tenaga, dan harta benda demi mrngejar kejayaannya dalam pelajarannya. Seorang pencuri sanggup menggadaikan maruah demi mendapatkan wang yang dianggap satu kejayaanya apabila mengambil harta orang lain. Begitulah yang selainnya. setiap kita akan sanggup berbua apa sahaja untuk mencapai matlamat atau kejayaan yang kita idam-idamkan.

Hakikatnya, kejayaan yang sebenar adan hakiki telahpun dikhabarkan kepada kita oleh Allah S.W.T. didalam kiatb suci-Nya,Al-Quranunkarim iaitu sejauh mana kita ataupun sebagai hamba-Nya dapat mengamalkan agamnya yang sempurna dan meninggalkan segala larangan-Nya serta mengikuti segala cara kehidupan suci murni Nabi Muhammad S.A.W., maka sejauh itulah kita telah berjaya..