Saturday, April 24, 2010

kemunduran umat dan penyelesaiannya

Assalamualaikum W.R.T.

Usaha dakwah dan tarbiah Rasulullah saw selama 23 tahun telah melahirkan kelompok masyarakat yang menuju ke puncak kemajuan sehingga sejarah dunia tidak dapat lagi mendatangkan contoh yang seperti dengan mereka.

Ketika itu, umat Islam adalah pemilik tunggal kemuliaan, keagungan, kegemilangan, kebesaran dan kekuatan.

Sebaliknya kini, perangai dan budi pekerti umat tidak dapat dibanggakan lagi. Umat berada dalam keadaan lemah tanpa harta, tanpa ketinggian dan kemuliaan, tidak ada lagi perasaan persaudaraan dan kemesraan.

Sebenarnya, kita semua termasuk diri saya sendiri telah terlupa ataupun tak sedar yang kemuliaan umat Islam sebagai umat adalh di dalam mengajak amar-bil-ma’ruf dan nahi-‘amil-mungkar. Tugas ini adalah tanggungjawab setiap orang Islam dalam semua keadaan.

Ada yang berkata usaha ini sangat susah. Memang pun susah kerana para nabi dan rasul tidak pernah duduk diam ketika berdakwah.

firman Allah s.w.t :
“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” (Al-Ankabut:69)
Mencari iman dan takwa adalah tugas utama. Tanpa iman dan takwa, jihad tidak akan lahir. Justeru, penyelesaian kepada kemunduran umat Islam ialah melihat kembali misi kehidupan mereka di dunia ini.

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Adz-Zariyat:56)


Wallahua'lam